Friday, January 13, 2012

Surat Mohon Harga Istimewa (Air-Asia)


Ruj. Kami : MPIK 144/4/55(76)

Tarikh : 11 Januari 2012

Pengurus,

Air Asia Berhad,

Lot No N1 Level 4 Main Terminal Building,

Kuala Lumpur International Airport,

64000 Sepang,

Selangor Darul Ehsan,

Malaysia.

Tuan,

MOHON MENDAPATKAN HARGA ISTIMEWA UNTUK TIKET PENERBANGAN

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa kumpulan guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas akan mengadakan satu ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah 2012 mengikut ketetapan berikut:

Tarikh : 11 Jun hingga 16 Jun 2012

Bilangan Perserta : 35 orang

Penerbangan pergi : 11 Jun 2012

Penerbangan balik : 16 Jun 2012

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk mempertimbangkan harga istimewa bagi tiket penerbangan pergi balik dari LCCT, Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu.

4. Bersama-sama ini disertakan kertas cadangan Program Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu untuk makluman dan rujukan pihak tuan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Khamdani Bin Sairi di talian 012-6907544.

5. Segala kerjasama, pertimbangan dan keprihatinan pihak tuan atas perkara ini didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’


Saya yang menurut perintah,

(ROHANA BINTI KAMARUDDIN)

Timbalan Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

KUALA LUMPUR

S.K : Ketua Jabatan,

Jabatan Sains Sukan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

No comments:

Post a Comment