Monday, August 27, 2012

Kriteria seorang guru.


1.0       Pengenalan
Perkembangan pendidikan di negara kita kini serta dasar kerajaan telah menunjukkan aliran dan pemikiran yang baru dalam matlamat dan objektif pendidikan.  Kini lebih ramai yang cenderung membicarakan tentang objektif menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Falsafah Pendidikan Malaysia ” Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan  lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan  harmonis dari segi  intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha  ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak  mulia  , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan  din serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1987)
Cabaran guru pun semakin bertambah dengan teknologi maklumat yang menjadikan masyarakat mendapat ilmu pengetahuan  tanpa melalui pengajaran guru  semata-mata lagi. Guru harus sentiasa mengembangkan dirinya secara profesional supaya ia dapat bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan tugasnya dengan baik dan berkesan. Menurut Mogana (1994), kemahiran metodologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan dari semasa ke semasa  dalam kerjayanya agar memotivasi  serta meningkatkan kualiti guru dalam bilik darjah. Guru yang terlibat dalam kerangka sekolah perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku kerana perubahanperubahan ini mempunyai kesan yang secara langsung terhadap tingkahlaku pengajaran dan peranan mereka. Sementara , pentadbir dan perancang pendidikan perlu menyedari bahawa untuk mencapai kejayaan dalam peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan yang  signifikan perlu berlaku  pada guruguru Malaysia.
2.0       Huraian cadangan berdasarkan kriteria-kriteria Rosinah Edinin (1994)
2.1       Berupaya memimpin perubahan di sekolah di mana guru bertugas.
Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang menggalakkan perkembangan sesebuah tamadun.  Kepimpinan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, tanpa ilmu sebahagian besar apa yang dipimpin akan musnah. Ilmu dianggap pencetus kepada kemajuan dan peradaban. Pemimpin yang berilmu akan membentuk masyarakat yang bertamadun.  Masyarakat yang bertamadun menggambarkan sebuah masyarakat yang telah mencapai tahap kehidupan yang maju dari aspek kebudayaan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran.
Dalam konteks pendidikan, kepemimpinan memainkan peranan penting membimbing pelajar ke arah matlamat menjadikan insan seimbang. Semua guru memikul amanah sama menyediakan asuhan yang seimbang bagi meningkatkan potensi intelek, emosi, rohani dan fizikal para pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab atas perubahan di sekolah walaupun kadang kala peniruan negatif datangnya daripada masyarakat luar, media massa, teknologi ataupun keadaan sekeliling di tempat tinggal.
Mengikut Carzo dan Yanouzas (Jaafar, 1999 : 464), Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil yang lain. Terdapat pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad (1999 : 463), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalah hasil daripada pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru.
Perubahan yang berlaku dalam sesebuah organisasi seperti sekolah haruslah melibatkan ciri-ciri yang berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur-ansur serta menyeluruh ke arah yang lebih baik atau penambahbaikan. Perubahan juga dikaitkan dengan memperkenalkan sesuatu tingkahlaku baru atau amalan-amalan baru yang diharap akan dapat memperbaiki amalan atau keadaaan yang sedia ada di sekolah. Oleh itu perubahan tidak dapat dipisahkan daripada konsep "transfomasi", "inovasi" dan penambahbaikan.
“Setiap orang daripada kamu adalah penggembala (pemimpin) dan setiap penggembala (pemimpin) itu bertanggungjawab mengenai yang dipimpinnya.” (Muttafaq „Alayaih, kitab al-imarah), petikan itu menerangkan guru-guru bertanggungjawab atas setiap perlakuan murid di sekolah kerana guru sebagai pemimpin. Ada  kajian yang menemukan fakta bahawa  pengetua memainkan peranan penting bagi membangunkan kepemimpinan guru di sekolah. Keadaan ini berkaitan dengan  faktor kepemimpinan guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah  berkesan (Alma Harris, 2003;  Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood, Jantzi, dan Steinbach, 1999).
Tiga cadangan yang menjadikan guru disenangi iaitu komunikasi, fleksibel dan sebagai fasilitator. Dariapda tiga cadangan itu kita boleh menilai guru ini seornag yang universal. Cadangan yang pertama iaitu komunikasi, Kemahiran berkomunikasi  akan dapat membantu guru-guru meningkatkan kemahiran kepemimpinanya di sekolah.  Kebolehan guru-guru berinteraksi dengan baik, menjaga tingkahlaku dan pertuturan akan dapat meningkatkan kejeleketan dalam kalangan guru-guru. Guru-guru dapat mengawal keadaan dengan menguasai suasana melalui daya pujukan, berhemah tinggi dan gaya yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan guru-guru lain. Pengetahuan yang luas dalam banyak bidang yang boleh dijadikan isu perbincangan boleh mempengaruhi imej guru-guru.
Seterusnya ialah bersifat fleksibel, guru-guru harus bersikap fleksibel dalam segala perubahan tidak kira suasana, murid dan kaedah pengajaran. Penerimaan perubahan baru dengan serta merta tidak akan memeranjatkan guru kerana sifat fleksibel mereka. Guru-guru haruslah bersedia membuat anjakan paradigm khusus berkaitan dengan isi-isu pendidikan demi kejayaan murid-murid. Seterusnya ialah guru sebagai fasilitator yang sentiasa member sokongan dan nasihat kepada murid-murid. Guru haruslah membuka minta murid supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan minda mereka terjana dan memudahkan guru itu sendiri mempengaruhi pelajar kea rah kebaikan.


2.2       Mengutamakan daya pengeluaran tinggi dalam bidang kerjayanya.
Yazid Abdul Manap (2001) menggariskan beberapa  strategi yang telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka memartabatkan profesion di samping menjadikan guru-guru disekolag lebih effisien dalan pengajaran. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Tugas, tanggungjawab dan peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbezaberbanding dahulu malahan lebih berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang pesat, khasnya perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an hingga kini dengan pengenalan program KBSR, KBSM dan KSSR, memerlukan guru pula merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian mencabar.
Tugas dan kerja guru hari ini tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka dan usaha untuk berpadu tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa dipandang beratoleh guru-guru.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi tuntutan dan cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa.
Salah satu usaha utama ialah meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demimempertingkatkan prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dalam bilik darjah.


2.3       Sentiasa mengikuti peredaran masa.
Ibn Khaldun (2006) menyatakan seseorang yang tidak dapat memperbaiki kebiasaannya dan tidak menggunakan agama untuk memperbaiki dirinya akan mendorong sifat kejahatan mempengaruhi dirinya. Guru sebagai pendidik seharusnya dapat memperbaiki dirinya dengan menghayati kehidupan beragama. Hanya dengan kesedaran beragama dan kemahuan mengubah cara hidup yang lebih baik akan dapat memberi kekuatan membina hubungan yang boleh mempengaruhi kebaikan dalam persekitaran hidupnya. Guru yang dapat menjadikan dirinya ‘role model’ boleh mendorong warga sekolah khususnya  rakan guru dan para pelajar untuk berkongsi berbuat kebajikan. ‘Role model’ memainkan peranan yang besar mewujudkan budaya yang menggambarkan cara hidup Islam kepada warga sekolah. Sidek Baba (2009) menjelaskan  qudwah (ikutan) merupakan faktor penting yang boleh memberi kesan terhadap pembentukan minda dan sahsiah pelajar.
Guru-guru yang dapat  berkongsi cita rasa dengan membina dan meningkatkan kesedaran rakan guru dan para pelajar akan mendorong mereka mempunyai pemikiran positif dan keyakinan untuk berkongsi misi melakukan perubahan yang lebih baik. Sekiranya misi kebaikan dapat dikongsi bersama akan melahirkan kelompok guru yang boleh menonjolkan  contoh teladan yang baik khususnya mampu mempengaruhi pelajar mahupun di dalam kelas atau di luar sekolah. Keadaan ini menggambarkan betapa dekatnya hubungan guru dengan murid. Ada kajian yang membuktikan bahawa permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar dikaitkan dengan keberkesanan pengajaran guru-guru di sekolah (Ab. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak, 2003; Zaharah Hussin, 2005).
Oleh itu, peranan guru pada hari ini amat mencabar kerana perlu mengikuti peredaran zaman dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar. Guru harus mengejar dua kali ganda lebih pantas dari ada lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi yang berkembang. Ini kerana semua permarkahan telah melibatkan sistem internet yang mewajibkan semua guru mengetahui bidang teknologi ini. Ini adalah satu permulaan ke arah pembelajaran berintegriti tinggi.
Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan murid adalah mengetahui ‘trend’ semasa yang begitu pantas berubah. Guru haruslah melengkapi diri dengan perubahan semasa yang pesat ini lebih-lebih lagi dengan minat murid yang boleh mendatangkan manfaat bagi mereka. Walaupun trend sekarang yang lebih menjauhi buku dan mendekati ICT, guru boleh mengubah minat murid dengan mendekati murid kepada membaca dengan kaedah membaca novel di internet ataupun artikel-artikel yang disuruh sebagai kerja rumah. Ini sama seperti membaca buku akan tetapi mendekatkan diri dengan peredaran masa.
Selain itu, dengan melengkapi diri dengan ilmu pelbagai, guru menjadi serba guna dalam segala hal. Murid akan lebih menghormati dan mempercayai guru masih tempat untuk pertanyaan walaupun sumber internet lebih meluas. Perederan masa dan zaman yang berubah-ubah membuatkan guru mudah stress, akan tetapi ini cabaran profesyen perguruan untuk mendidik anak bangsa alam 2012 ini. Kita dapat melihat walaupun perkembangan yang pesat ini banyak dalam memusnahkan pemikiran pelajar dengan pelbagai cara, akan tetapi, kita sebagai guru menggunakan kuasa menarik mereka supaya banyak lagi cara dan langkah serta kaedah yang dapat membuka minda mereka dan memupuk nilai-nilai tradisi seperti mendekatkan mereka dengan sejarah lama dan memberi mereka sendiri peluang merasa keadaan zaman susah kita. contoh terbaik seperti pemakaian. Wujudkan hari memakai sarung, batik atau kain pelekat di sekolah supaya mereka menghargai tradisional rakyat Malaysia.
Jangan guru mengaku kalah dengan zaman, jangan guru mundur dan tersekat dengan memajuan. Jadikan ia sebagai cabaran dalam pendidikan.
2.4       Memahami perkembangan teknologi.
Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai negara. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada murid.
Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.
Guru sekarang telah ditugaskan dengan pelbagai kerja. Salah satunya ialah pengetahuan luas dalam memberi didikan berikutan kea rah kemajuan teknologi Negara. Seperti yang kita tahu penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancang sendiri oleh mereka. Secara keseluruhannya, kita ketahui ramai yang sudah mahir dan ketahui cara dan penggunaan teknologi maklumat ini. Bilangan guru yang mempunyai akses ke internet juga sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkembangan pesat dalam penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Guru haruslah beringat bahawa teknologi hanyalah sekadar alat, alat bantuan kita. Ianya hanya bantuan untuk memudahkan kita dalam pengajaran dan pembelajaran malah pengurusan. Walaupun tinggi kebaikkan teknologi ini, jangan kita hanyut dan tidak pedulikkan pengajaran tradisional yang lebih menekankan kepada nilai.
2.5       Mempunyai sifat berani dan mahu mencuba idea baru dan inovatif.
Untuk mencapai pengajaran yang berjaya dan lebih efisyen, bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan murid-murid itu sendiri. Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat dan bahan bantu mengajar yang kreatif, cantik dan menarik. Bahan bantu mengajar itu pula perlu diinovasikan (Kamus Dewan 1989: 455) menjelaskan inovasi bermaksud memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia ada dengan diberi wajah baru). Oleh itu, alat dan bahan batu mengajar disekolah juga tidak mencukupi tanpa sokongan daripada pihak kerajaan.
Justeru itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan memasukkan pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik sebagai latar belakang telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
Selain itu, guru harus berani untuk mencuba apa-apa cara tradisional atau masa kini untuk menarik perhatian murid dalam pelajaran. Spontan, lantang dan berani adalah perkara yang wajib disematkan di dalam diri seorang guru. Lakonan yang menjadi hiburan serta membuat murid lebih memahami apa yang guru ingin sampaikan. Keberanian ini bukan semua orang dapat menakluki, akan tetapi jika kita mencintai profesyen ini, kita akan bersungguh dalam segala usaha. Inovasi penggunaan cara lama dan cara baru ataupun menggabungkan kedua-duanya sekali pasti akan membuat murid terhibur dan mencurik perhatian mereka.
Kesimpulannya, pengajaran dan pembelajaran secara efektif telah berjaya menjadikan mata pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman murid bermula daripada guru itu sendiri.



3.0       Penutup
Menjadi guru yang ideal dan berpengaruh, para pendidik perlulah memahami kemahiran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada mereka. Melengkapkan diri dengan ilmu dan teknik-teknik yang berkemahiran tinggi serta kaedah yang di luar jangkaan murid dan pemikiran masa kini. Ia haruslah digunakan secara meluas di kalangan pendidik dan semestinya melaras dengan objektif yang hendak disampaikan.
            Untuk mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru perlulah sentiasa mencari, mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang memjadikan mereka antara guru yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi seorang guru yang ideal dan diterima semua murid. Ini kerana setiap murid mempunyai kaedah teknik pembelajaran yang berbeza, serta minat mereka yang pelbagai. Murid yang beratus mempunyai pelbagai minat dan cita-cita malah seorang guru harus menandingi berates murid-murid itu supaya mereka lebih mendekati apa yang mereka impikan.
            Secara tidak langsung, membuatkan guru menguasai semua yang dikehendaki murid. Jadi, untuk membantu mereka mencapat matlamat sesuatu cita-cita haruslah seorang guru mengajar dengan baik maka pendedahan tentang cirri-ciri ideal ini diberikan kepada pelatih sebelum mereka mengikuti latihan mengajar (Robiah Sidin, 1994).

Wednesday, January 18, 2012

Lil info : Gunung Kinabalu.

EKSPEDISI GUNUNG KINABALU 2012.

To Dominator, Assalamualaikum.

Little info for you all before practicum. (In case if we didn’t have time to make a meeting)

1. Don’t forget!

Date : 11 -16 June 2012 (Third week of semester break)

Price : RM8**

2. Whats in planning.

11 June 2012 - Flight.

Lawatan ilmiah ke IP Kent.

12 June 2012 - Journey ke Pulau. Snorkeling.

(Manukan-Sapi- Mamutik)

13 June 2012 - Start hike to Laban Rata.

(we will start at Timpohon)

Tido atas tu.

14 June 2012 - Menuju ke puncak.

Dan turun.

15 June 2012 - Free activities. Tour.

16 June 2012 - Flight pulang. J

3. Tiket : Still in progress. Insyallah will be settle up. We still give our best attempt to get

the cheapest price for the ticket.

4. Lecturers that will join us.

- En. Mokhtar Ahmad

- En. Aris Fazil Hj. Ujang

- Pn. Rozila Mohd Isa.

- Pn. Hafidzah Khafidz.

- Dr. Khamdani Sairi.

-

5. Payment : U all can pay the balance afterwards u guys get the allowance.

Aida Norfarahimah, Bendahari. (017-6407***).

6. Sponser : If korang ade kwn or sedara tak pun someone that related yg boleh mintak

sponser, do tell us. Kertas Kerja boleh minta kat Che Faiz, Setiausaha

(013-3589***)

7. Training : Insyallah if all the flight ticket settle. We make a move to gunung-gunung and

bukit-bukit that are nearby for our training. But do make ur own training while u r in practicum. Specially in ur fitness.

P/s : Sorry on the shortcomings. We r trying hard to gives our best to make this program done. Hope u all give us support to make sure this program running smoothly. Thank you. J

Do contact us if u want to ask anything. ^_^ Siti Nadrah(013-7197***), Aida (017-6407***), Nur Farhanah@Alai (013-2274***), Che Faiz@Jibam(013-3589***).

Friday, January 13, 2012

Kertas Cadangan Mendaki Gunung Kinabalu

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGAN

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU

Disediakan Oleh:

Jabatan Sains Sukan

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Kuala Lumpur

KERTAS CADANGAN

EKSPEDISI MENDAKI GUNUNG KINABALU

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS ILMU KHAS

________________________________________________________________

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terhadap cadangan untuk mengadakan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Ekspedisi Gunung KInabalu merupakan acara tahunan bagi Jabatan Sains Sukan yang mana menjadi keinginan setiap guru pelatih untuk turut sama menyertai ekspedisi tersebut.

2.2 Ekspedisi ini diadakan untuk memberi peluang kepada guru pelatih untuk menguji tahap kecergasan serta daya tahan diri. Hal ini seiring dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang daripada aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani.

3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Ekspedisi ini dicadangkan oleh Jabatan Sains Sukan sebagai salah satu pendekatan dan usaha untuk memastikan guru pelatih IPG Kampus Ilmu Khas menjadi individu yang seimbang dari semua aspek.

3.2 Selaras dengan kurikulum pendidikan guru iaitu ingin melahirkan bakal guru yang serba boleh dan berjiwa kental serta mampu membina personaliti melalui pengalaman berekspedisi.

3.3 Memberi pengalaman dan pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai pengendalian dan pelaksanaan ekspedisi berkumpulan sebelum menjadi guru permulaan di sekolah.

3.4 Memperkenalkan nama IPG Kampus Ilmu Khas ke mata masyarakat umum sebagai sebuah institusi pendidikan terulung setaraf dengan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

4.0 CADANGAN

4.1 Program ini akan melibatkan 30 guru pelatih major pendidikan jasmani IPG Kampus Ilmu Khas di samping 5 orang pensyarah pembimbing.

Tarikh : 11 Jun hingga 16 Jun 2012

Bilangan Peserta : 35 orang

(30 orang guru pelatih dan 5 orang pensyarah)

4.2 Mengadakan ekspedisi menawan puncak Gunung Kinabalu

4.3 Aktiviti Snorkelling di Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Manukan.

4.4 Lawatan Muhibbah ke IPG Kampus Kent

5.0 JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa induk

Penaung : En. Shaari Bin Osman

: Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas

Penasihat : En. Mokhtar Bin Ahmad

Ketua Jabatan Sains Sukan

Penyelaras : En. Mohd Khamdani Bin Sairi

Pensyarah pengiring : En. Mokhtar Bin Ahmad

: Pn. Hafidzah Binti Khafidz

: Pn. Rozila Binti Mohd Isa

: En. Chia Chiow Ming

: En. Mohd Khamdani Bin Sairi

5.2 Jawatankuasa Perlaksana

Pengerusi : Siti Nadrah Binti Mohd Marzuki

Naib Pengerusi : Nur Farhanah Binti Mohd Fauzi

Setiausaha : Che Faiz Fathurrahman bin Che Kamaruzzaman

Bendahari : Aida Norfarahimah Binti Ishak

Ahli Jawatankuasa

AJK Pengangkutan : Mohd Hairi Bin Md Amzan

AJK Kebajikan : Wan Mohd Sani Bin Wan Ahmad

AJK Dokumentasi : Muhammad Hafizul Bin Mohamad Bazli

AJK Penginapan : Fakhrul Azizi Bin Roslan

AJK Cenderamata : Mohamad Hariz Bin Kodri

AJK Penajaan : Ash Firdausi Bin Abdul Nassair

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL

PERKARA

JUMLAH(RM)

1.0

1.1 Sewa Bas (Perjalanan Pergi Balik)

IPGIK – LCCT

1.2 Baju-T Ekspedisi

RM 30.00 x 35 x 2 helai

1.3 Makan dan Minum

RM 15.00 x 35 x 6 hari

1.4 Banner aktiviti

JUMLAH

800.00

2100.00

3150.00

100.00


6150.00

* Mohon IPGKIK menyumbang perkhidmatan perjalanan bas pergi dan balik darI IPGKIK ke LCCT.

7.0 SYOR

Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur dipohon untuk memberi pertimbangan dan kelulusan terhadap cadangan untuk mengadakan ekspedisi ke Gunung Kinabalu.

Disediakan Oleh :

Jabatan Sains Sukan

IPG Kampus Ilmu Khas

LAMPIRAN

PERBELANJAAN

BIL

PERKARA

JUMLAH(RM)

1.0

2.0

ANGGARAN PENDAPATAN

1.1 Sumbangan Peserta

RM1200.00 x 35

ANGGARAN PERBELANJAAN

2.1 Tambang penerbangan ( pergi dan balik )

RM 350.00 x 35

2.2 Pakej mendaki Gunung Kinabalu

penginapan dan aktiviti snorkeling

RM 850.00 x 35

JUMLAH PERBELANJAAN

42000.00

42000.00

12250.00

29750.00


42000.00