1.0
Pengenalan
Perkembangan
pendidikan di negara kita kini serta dasar kerajaan telah menunjukkan aliran
dan pemikiran yang baru dalam matlamat dan objektif pendidikan. Kini lebih ramai yang cenderung membicarakan
tentang objektif menjadikan Malaysia sebuah negara maju. Falsafah Pendidikan
Malaysia ” Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia
, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan din serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1987)
Cabaran
guru pun semakin bertambah dengan teknologi maklumat yang menjadikan masyarakat
mendapat ilmu pengetahuan tanpa melalui
pengajaran guru semata-mata lagi. Guru
harus sentiasa mengembangkan dirinya secara profesional supaya ia dapat
bergerak bersama-sama dengan arus perkembangan ilmu dan dapat menjalankan
tugasnya dengan baik dan berkesan. Menurut Mogana (1994), kemahiran metodologi
serta pengetahuan guru harus ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam kerjayanya agar memotivasi serta meningkatkan kualiti guru dalam bilik
darjah. Guru yang terlibat dalam kerangka sekolah perlu menyesuaikan diri
dengan perubahan yang berlaku kerana perubahanperubahan ini mempunyai kesan
yang secara langsung terhadap tingkahlaku pengajaran dan peranan mereka.
Sementara , pentadbir dan perancang pendidikan perlu menyedari bahawa untuk
mencapai kejayaan dalam peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran,
perubahan yang signifikan perlu
berlaku pada guruguru Malaysia.
2.0
Huraian cadangan berdasarkan
kriteria-kriteria Rosinah Edinin (1994)
2.1
Berupaya memimpin perubahan di
sekolah di mana guru bertugas.
Kepimpinan merupakan salah satu faktor yang menggalakkan
perkembangan sesebuah tamadun. Kepimpinan
mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, tanpa ilmu sebahagian besar apa yang
dipimpin akan musnah. Ilmu dianggap pencetus kepada kemajuan dan peradaban.
Pemimpin yang berilmu akan membentuk masyarakat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun menggambarkan
sebuah masyarakat yang telah mencapai tahap kehidupan yang maju dari aspek
kebudayaan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran.
Dalam konteks pendidikan,
kepemimpinan memainkan peranan penting membimbing pelajar ke arah matlamat
menjadikan insan seimbang. Semua guru memikul amanah sama menyediakan asuhan
yang seimbang bagi meningkatkan potensi intelek, emosi, rohani dan fizikal para
pelajar. Oleh itu, guru bertanggungjawab atas perubahan di sekolah walaupun
kadang kala peniruan negatif datangnya daripada masyarakat luar, media massa,
teknologi ataupun keadaan sekeliling di tempat tinggal.
Mengikut Carzo dan
Yanouzas (Jaafar, 1999 : 464), Perubahan ialah satu pola penukaran kelakuan
atau situasi yang stabil kepada pola perlakuan dan status stabil yang lain. Terdapat
pelbagai istilah yang berkait rapat dengan perubahan. Mengikut Jaafar Muhamad
(1999 : 463), dalam keadaan biasa perubahan diperkenalkan adalah hasil daripada
pengubahsuaian kelakuan yang lepas untuk menyesuaikannya dengan situasi baru.
Perubahan yang berlaku
dalam sesebuah organisasi seperti sekolah haruslah melibatkan ciri-ciri yang
berterusan (Kaizen), berlaku secara beransur-ansur serta menyeluruh ke arah
yang lebih baik atau penambahbaikan. Perubahan juga dikaitkan dengan
memperkenalkan sesuatu tingkahlaku baru atau amalan-amalan baru yang diharap
akan dapat memperbaiki amalan atau keadaaan yang sedia ada di sekolah. Oleh itu
perubahan tidak dapat dipisahkan daripada konsep "transfomasi",
"inovasi" dan penambahbaikan.
“Setiap orang daripada kamu adalah
penggembala (pemimpin) dan setiap penggembala (pemimpin) itu bertanggungjawab
mengenai yang dipimpinnya.” (Muttafaq „Alayaih, kitab al-imarah), petikan itu
menerangkan guru-guru bertanggungjawab atas setiap perlakuan murid di sekolah
kerana guru sebagai pemimpin. Ada kajian
yang menemukan fakta bahawa pengetua
memainkan peranan penting bagi membangunkan kepemimpinan guru di sekolah.
Keadaan ini berkaitan dengan faktor kepemimpinan
guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah
berkesan (Alma Harris, 2003;
Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood,
Jantzi, dan Steinbach, 1999).
Tiga cadangan yang menjadikan guru
disenangi iaitu komunikasi, fleksibel dan sebagai fasilitator. Dariapda tiga
cadangan itu kita boleh menilai guru ini seornag yang universal. Cadangan yang
pertama iaitu komunikasi, Kemahiran berkomunikasi akan dapat membantu guru-guru meningkatkan
kemahiran kepemimpinanya di sekolah. Kebolehan
guru-guru berinteraksi dengan baik, menjaga tingkahlaku dan pertuturan akan
dapat meningkatkan kejeleketan dalam kalangan guru-guru. Guru-guru dapat
mengawal keadaan dengan menguasai suasana melalui daya pujukan, berhemah tinggi
dan gaya yang bersesuaian apabila berinteraksi dengan guru-guru lain.
Pengetahuan yang luas dalam banyak bidang yang boleh dijadikan isu perbincangan
boleh mempengaruhi imej guru-guru.
Seterusnya ialah bersifat fleksibel,
guru-guru harus bersikap fleksibel dalam segala perubahan tidak kira suasana,
murid dan kaedah pengajaran. Penerimaan perubahan baru dengan serta merta tidak
akan memeranjatkan guru kerana sifat fleksibel mereka. Guru-guru haruslah
bersedia membuat anjakan paradigm khusus berkaitan dengan isi-isu pendidikan
demi kejayaan murid-murid. Seterusnya ialah guru sebagai fasilitator yang
sentiasa member sokongan dan nasihat kepada murid-murid. Guru haruslah membuka
minta murid supaya mereka lebih berfikiran terbuka dan minda mereka terjana dan
memudahkan guru itu sendiri mempengaruhi pelajar kea rah kebaikan.
2.2 Mengutamakan daya pengeluaran tinggi
dalam bidang kerjayanya.
Yazid Abdul Manap (2001)
menggariskan beberapa strategi yang
telah diambil oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam usaha mereka
memartabatkan profesion di samping menjadikan guru-guru
disekolag lebih effisien dalan pengajaran. Wan Zahid (1996) menyarankan bahawa untuk membentuk
persekitaran kerja yang baik, guru perlulah meningkatkan pengetahuan dan
memperbaiki kemahiran mereka. Dengan kepakaran dan kelayakan yang tinggi
guru-guru akan dilihat sebagai lebih berkemampuan dalam memberi sumbangan
terhadap pembentukan persekitaran yang sesuai dan kondusif.
Tugas, tanggungjawab dan
peranan guru pada masa ini bukan sahaja berbezaberbanding dahulu malahan lebih
berat serta kompleks. Ini adalah akibat daripada perkembangan dan kemajuan
pendidikan negara yang pesat. Guru harus menyedari tugas dan amanah yang
diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa nanti. Perubahan pendidikan Malaysia yang
pesat, khasnya perlaksanaan reformasi pendidikan dalam dekad 80-an hingga kini
dengan pengenalan program KBSR, KBSM dan KSSR, memerlukan guru pula
merefomasikan diri ke arah pandangan, sikap dan daya usaha melengkapkan diri
dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar yang canggih demi
mempertingkatkan keupayaan dan prestasinya dalam bidang kerja yang kian
mencabar.
Tugas dan kerja guru hari ini
tidak sama dengan masa-masa yang lalu ekoran daripada reformasi pendidikan yang
dilancarkan. Peranan guru pada masa ini lebih ditumpukan kepada menjadi seorang
pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah. Guru masa
dahulu menumpukan masanya untuk menyedarkan masyarakat betapa mundurnya mereka
dan usaha untuk berpadu tenaga mereka untuk memajukan diri sendiri sentiasa
dipandang beratoleh guru-guru.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah
pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk
dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan
kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan
dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam
perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan
perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam
kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada
pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan
para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.
Perubahan strategi pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah seiring dengan perubahan peranan
seorang guru. Ini bermakna sistem latihan perguruan dahulu tidaklah lagi
bersesuaian dengan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan pembaharuan baik
dari segi perancangan mahupun perlaksanaan. Untuk menghadapi tuntutan dan
cabaran daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah supaya memainkan peranan yang lebih berkesan, guru hari ini hendaklah sentiasa
melengkapkan diri dengan mengemas kini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar
dari semasa ke semasa.
Salah satu usaha utama ialah
meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru harus
sentiasa berusaha membawa perubahan dan penyesuaian demimempertingkatkan
prestasi dan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam bidang profesion
mereka. Usaha ini boleh dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas
seperti menjalankan kajian terhadap keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
mereka di bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dan menguasai kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran
pembelajaran dalam bilik darjah.
2.3
Sentiasa mengikuti peredaran masa.
Ibn Khaldun (2006) menyatakan seseorang yang
tidak dapat memperbaiki kebiasaannya dan tidak menggunakan agama untuk
memperbaiki dirinya akan mendorong sifat kejahatan mempengaruhi dirinya. Guru
sebagai pendidik seharusnya dapat memperbaiki dirinya dengan menghayati
kehidupan beragama. Hanya dengan kesedaran beragama dan kemahuan mengubah cara
hidup yang lebih baik akan dapat memberi kekuatan membina hubungan yang boleh
mempengaruhi kebaikan dalam persekitaran hidupnya. Guru yang dapat menjadikan
dirinya ‘role model’ boleh mendorong warga sekolah khususnya rakan guru dan para pelajar untuk berkongsi
berbuat kebajikan. ‘Role model’ memainkan peranan yang besar mewujudkan budaya
yang menggambarkan cara hidup Islam kepada warga sekolah. Sidek Baba (2009)
menjelaskan qudwah (ikutan) merupakan
faktor penting yang boleh memberi kesan terhadap pembentukan minda dan sahsiah
pelajar.
Guru-guru yang dapat berkongsi cita rasa dengan membina dan
meningkatkan kesedaran rakan guru dan para pelajar akan mendorong mereka
mempunyai pemikiran positif dan keyakinan untuk berkongsi misi melakukan
perubahan yang lebih baik. Sekiranya misi kebaikan dapat dikongsi bersama akan
melahirkan kelompok guru yang boleh menonjolkan
contoh teladan yang baik khususnya mampu mempengaruhi pelajar mahupun di
dalam kelas atau di luar sekolah. Keadaan ini menggambarkan betapa dekatnya
hubungan guru dengan murid. Ada kajian yang membuktikan bahawa permasalahan
akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar dikaitkan dengan keberkesanan
pengajaran guru-guru di sekolah (Ab. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak,
2003; Zaharah Hussin, 2005).
Oleh itu, peranan guru pada hari ini amat
mencabar kerana perlu mengikuti peredaran zaman dalam menyampaikan maklumat
kepada pelajar. Guru harus mengejar dua kali ganda lebih pantas dari ada
lebih-lebih lagi dengan kepesatan teknologi yang berkembang. Ini kerana semua
permarkahan telah melibatkan sistem internet yang mewajibkan semua guru mengetahui
bidang teknologi ini. Ini adalah satu permulaan ke arah pembelajaran
berintegriti tinggi.
Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan murid
adalah mengetahui ‘trend’ semasa yang begitu pantas berubah. Guru haruslah
melengkapi diri dengan perubahan semasa yang pesat ini lebih-lebih lagi dengan
minat murid yang boleh mendatangkan manfaat bagi mereka. Walaupun trend sekarang
yang lebih menjauhi buku dan mendekati ICT, guru boleh mengubah minat murid
dengan mendekati murid kepada membaca dengan kaedah membaca novel di internet
ataupun artikel-artikel yang disuruh sebagai kerja rumah. Ini sama seperti
membaca buku akan tetapi mendekatkan diri dengan peredaran masa.
Selain itu, dengan melengkapi diri dengan ilmu pelbagai,
guru menjadi serba guna dalam segala hal. Murid akan lebih menghormati dan
mempercayai guru masih tempat untuk pertanyaan walaupun sumber internet lebih
meluas. Perederan masa dan zaman yang berubah-ubah membuatkan guru mudah
stress, akan tetapi ini cabaran profesyen perguruan untuk mendidik anak bangsa
alam 2012 ini. Kita dapat melihat walaupun perkembangan yang pesat ini banyak
dalam memusnahkan pemikiran pelajar dengan pelbagai cara, akan tetapi, kita
sebagai guru menggunakan kuasa menarik mereka supaya banyak lagi cara dan
langkah serta kaedah yang dapat membuka minda mereka dan memupuk nilai-nilai
tradisi seperti mendekatkan mereka dengan sejarah lama dan memberi mereka
sendiri peluang merasa keadaan zaman susah kita. contoh terbaik seperti
pemakaian. Wujudkan hari memakai sarung, batik atau kain pelekat di sekolah
supaya mereka menghargai tradisional rakyat Malaysia.
Jangan guru mengaku kalah dengan zaman, jangan
guru mundur dan tersekat dengan memajuan. Jadikan ia sebagai cabaran dalam
pendidikan.
2.4 Memahami perkembangan teknologi.
Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan
perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai negara. Para
guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang
semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada murid.
Guru juga perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang
berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara
Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus
memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa
kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan
harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah
Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan
segala kemudahan semaksima mungkin.
Guru sekarang telah ditugaskan dengan
pelbagai kerja. Salah satunya ialah pengetahuan luas dalam memberi didikan
berikutan kea rah kemajuan teknologi Negara. Seperti yang kita tahu penggunaan
teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima
teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang dirancang
sendiri oleh mereka. Secara keseluruhannya, kita ketahui ramai yang sudah mahir
dan ketahui cara dan penggunaan teknologi maklumat ini. Bilangan guru yang
mempunyai akses ke internet juga sudah semakin bertambah malahan mereka telah
menganggap teknologi maklumat sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran mereka. Perkembangan pesat dalam penggunaan
teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk
menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Guru haruslah beringat bahawa teknologi hanyalah sekadar
alat, alat bantuan kita. Ianya hanya bantuan untuk memudahkan kita dalam
pengajaran dan pembelajaran malah pengurusan. Walaupun tinggi kebaikkan
teknologi ini, jangan kita hanyut dan tidak pedulikkan pengajaran tradisional
yang lebih menekankan kepada nilai.
2.5 Mempunyai sifat berani dan mahu mencuba
idea baru dan inovatif.
Untuk mencapai pengajaran yang berjaya
dan lebih efisyen, bukanlah satu perkara mudah kerana ia memerlukan
kesungguhan, kebijaksanaan dan ketabahan kedua belah pihak iaitu guru dan
murid-murid itu sendiri. Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula
tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan alat dan bahan bantu mengajar
yang kreatif, cantik dan menarik. Bahan bantu mengajar itu pula perlu
diinovasikan (Kamus Dewan 1989: 455) menjelaskan inovasi bermaksud
memperkenalkan sesuatu yang baru atau memperbaharui sesuatu yang telah sedia
ada dengan diberi
wajah baru). Oleh itu, alat dan bahan batu mengajar disekolah juga tidak
mencukupi tanpa sokongan daripada pihak kerajaan.
Justeru
itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan teknik dan kaedah
pengajaran. Antara kaedah yang berkesan ialah melalui penggunaan bahan
multimedia di dalam pengajaran seperti penggunaan Microsoft power point, klip
video, peta minda dan internet. Berdasarkan pengalaman penulis sendiri, slaid
power point telah menjadikan pengajaran lebih menarik dengan memasukkan
pelbagai grafik yang berkesan disamping penggunaan muzik sebagai latar belakang
telah meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik.
Selain itu,
guru harus berani untuk mencuba apa-apa cara tradisional atau masa kini untuk
menarik perhatian murid dalam pelajaran. Spontan, lantang dan berani adalah
perkara yang wajib disematkan di dalam diri seorang guru. Lakonan yang menjadi
hiburan serta membuat murid lebih memahami apa yang guru ingin sampaikan. Keberanian
ini bukan semua orang dapat menakluki, akan tetapi jika kita mencintai
profesyen ini, kita akan bersungguh dalam segala usaha. Inovasi penggunaan cara
lama dan cara baru ataupun menggabungkan kedua-duanya sekali pasti akan membuat
murid terhibur dan mencurik perhatian mereka.
Kesimpulannya,
pengajaran dan pembelajaran secara efektif telah berjaya menjadikan mata
pelajaran ini lebih menarik, memberi motivasi dan mampu meningkatkan kefahaman murid
bermula daripada guru itu sendiri.
3.0 Penutup
Menjadi guru yang ideal dan
berpengaruh, para pendidik perlulah memahami kemahiran yang digunakan untuk
menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada mereka. Melengkapkan diri
dengan ilmu dan teknik-teknik yang berkemahiran tinggi serta kaedah yang di
luar jangkaan murid dan pemikiran masa kini. Ia haruslah digunakan secara
meluas di kalangan pendidik dan semestinya melaras dengan objektif yang hendak
disampaikan.
Untuk mencapai tahap yang tinggi dan dihormati, para guru
perlulah sentiasa mencari, mempelajari dan mempraktikkan pelbagai cara yang
memjadikan mereka antara guru yang ideal dan menarik. Bukan mudah untuk menjadi
seorang guru yang ideal dan diterima semua murid. Ini kerana setiap murid
mempunyai kaedah teknik pembelajaran yang berbeza, serta minat mereka yang
pelbagai. Murid yang beratus mempunyai pelbagai minat dan cita-cita malah
seorang guru harus menandingi berates murid-murid itu supaya mereka lebih mendekati
apa yang mereka impikan.
Secara tidak langsung, membuatkan guru menguasai semua
yang dikehendaki murid. Jadi, untuk membantu mereka mencapat matlamat sesuatu
cita-cita haruslah seorang guru mengajar dengan baik maka pendedahan tentang cirri-ciri
ideal ini diberikan kepada pelatih sebelum mereka mengikuti latihan mengajar
(Robiah Sidin, 1994).